SEBUAH PERKAHWINAN YANG SUCI

Ketika Cinta Tidak Lagi Sama

Alhamdulillah tanggal 30 Mei 2014 aku telah melangsungkan perkahwinan aku dengan seorang gadis yang berasal daripada Kota Belud. Beliau bersuku Bajau Samah. Keluarga mereka ini adalah sangat sederhana dan sangat baik kepada aku dan menerima keadaan aku pada ketika itu. Setelah Perbincangan berlangsung dengan baik yang di wakili oleh sahabat aku Arwah Tuan Haji S dan Isteri Hjh N makanya Perkahwinan atas dasar suka sama suka dimeterai pada tanggal waktu diatas sebulan selepas pertunangan dilaksanakan di rumahnya Kg LM di sebuah Masjid bernama Masjid LIMATOK Kota Belud. Aku dinikahkan oleh Tok Kadi yang sah.

Gembira....

Sebuah kegembiraan yang tidak dapat dinyatakan dimana kehadiran ibu dan keluargaku yang tersayang hadir pada majlis berkenaan. Gadis yang aku kenali hanya 3 bulan melalui FB dan pernah menjadi kerani pengundian pada tahun 2014 tersebut kini menjadi permaisuri dalam hidup aku buat kali kedua. Kenapa aku mengatakan kali kedua kerana aku pernah gagal perkahwinan aku bersama mantan isteri berbangsa Dusun atas sebab tidak ada bersefahaman dan konflik yang melanda membuatkan perkahwinan AKU GAGAL SETELAH 18 TAHUN mengecapi alam perkahwinan dan dikurniakan dengan 5 cahaya mata. Sebelum perkahwinan aku gagal aku telah diuji dengan kehilangan satu-satunya anak lelaki aku pada ketika itu, kini hanya 4 anak perempuan yang menjadi simbol percintaan kami pada ketika itu.

Emosi....

Perkahwinan aku pada kali kedua amat membuatkan aku rasa seperti seolah seorang raja kerana buat pertama kalinya aku dikahwinkan mengikut adat bajau samah dengan menaiki pelamin serta diusung setibanya aku di rumah pengantin perempuan dan aku tidak di benarkan untuk menjejakkan kaki di tanah kerana adat dan aku diusung, diangkat dari kenderaan terus ke pelaminan dan pengantin perempuan sedang menunggu aku di balik kain rentang dan dikenakan syarat dengan membayar ufti sebelum di benarkan duduk diatas kerusi pelaminan bersama pengantin perempuan yang aku cintai. Setelah urusan selesai akhirnya aku di benarkan duduk disebelah sisi isteri aku berbangsa bajau samah dengan diraikan selama hampir 4 jam dipelaminan berkenaan. Aku sangat teruja dan gembira tanpa aku sedar pada masa yang sama mantan isteri aku juga mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dia cintai. Aku doakan agar jodoh beliau hingga akhir hayatnya.

Keterujaan...

Seterusnya setelah majlis perkahwinan aku selesai makanya aku meneruskan kehidupan aku sebagai suami isteri yang beza umurnya antara aku dengan dia agak besar iaitu 18 tahun. Sudah menjadi norma kehidupan dalam berumah tangga sudah pasti ada pasang dan surutnya akibat daripada perbezaan budaya, gaya hidup, corak pembesaran oleh keluarga mengakibatkan ada berlaku ketidak sefahaman disitu. Walaubagaimanapun tetap diteruskan bagi memastikan bahtera yang dilayarini di hargai berdasarkan tanggungjawab dan amanah allah yang dipikul akhirnya aku bersyukur dikurniakan dengan anak pertama iaitu perempuan yang di lahirkan secara normal di sebuah hospital di Kota Kinabalu seterusnya bermulalah aku bertugas semula bergelar bapa sekali lagi dan aku memulakan langkah dengan menjalankan tanggungjawab aku sebagai suami, bapa dan pembantu paling kanan kepada isteri aku dalam memikul tanggungjawab memelihara seorang bayi yang comel yang aku berikan nama S.

Cinta yang suci ...

Dengan dibantu oleh ibu mertua aku seorang bajau samah makanya aku berjaya mengurus bayi yang baru lahir sehingga la bayi ini membesar dan kini telah berumur 10 tahun. Sehubungan dengan itu 2 tahun selepas itu anak pertama lahir. Kehidupan kami di ceriakan lagi dengan kehadiran seorang lagi bayi perempuan tetapi kelahiran pada kali ini amat mencemaskan berlaku sedikit kesulitan dimana tali pusat ibunya dikesan melilit leher bayi berkenaan dan akhirnya anak ni dilahirkan secara "cesearean" dengan selamat. Syukur alhamdulillah, anak ini kami namakan dengan nama Ketua Wanita Syurga M. Seorang anak yang pintar ,sangat bijak , licik dan menawan. Aku sangat bersyukur mempunyai dua cahaya mata hasil hubungan suci ku dengan isteri. Kami membesarkan mereka berdua bersama dengan penuh asam garam kehidupan , pahit , manis dan kebahagiaan yang di kecapi di selang seli dengan sedikit pertelingkahan dan ini merupakan hal biasa dalam kehidupan. Perbelanjaan kami pun bertambah walaubagaimanapun cukup untuk sebuah keluarga kecil kami ini, Walabagaiman pun tanggungjawab kepada 4 lagi anak sebelah sana perlu juga di tanggung dan menjadi tanggungjawab aku.  Semakin dewasa semakin banyak permintaan yang perlu di penuhi dengan sokongan dan galakkan isteri inshallah kami lalui dengan jayanya.

Alhamdulillah...

Masyallah tabarakallah kedua dua anak ni membesar dengan sihat dan kini telah pun berumur 10 tahun dan 7 tahun.

PERKAHWINAN bagi aku sebenarnya adalah hubungan sosial membabitkan dua individu yang kontra sifatnya di bawah satu bumbung yang sama. Perkahwinan mahu atau tidak dilingkari oleh kepelbagaian kepercayaan, hormat ,budaya dan masyarakat di sebuah negara mahupun negeri. Pergolakan dalam rumah tangga tetap berlaku memandangkan perbezaan umur diantara aku dengan istriku atau mungkin berbeza cara dalam cuba ingin membentuk sebuah keluarga yang sempurna.

Kesedihan...

Adakah cara penyampaian dan tindakan aku dan bentuk nasihat dianggap menghina beliau. Mungkinkah cara aku dalam menyampaikan nasihat serta tindakan kata-kata aku menyinggung perasaan isteri ku sejak kami berkahwin sehingga kini menyebabkan hubungan kami semakin tawar dengan aku kerana aku tidak menghormati dia sebagai isteri atau pertahankan dia semasa dia di hina oleh bekas isteri atau anak anak aku yang terdahulu tidak menghormatinya. Perkara ini menyebabkan ianya menghantui perasaan negatif tu hingga ke hari ini.  9 Januari 2024 Isteri ku telah menfailkan perceraian di mahkamah syariah kami telah diberikan peluang untuk berubah dan tempoh diberikan selama sebulan. Bagi aku lelaki mempunyai watak yang berbeza sudah pasti ada ego, malas mau berfikir panjang atau tidak mahu perkara yang remeh menjadi panjang tetapi berbeza dengan wanita yang memerlukan perhatian rasa di lindungi rasa dia pertahankan. Makanya aku gagal lagi dalam cuba membentuk rumah tangga yang kedua ni agar menjadi lebih hebat dari yang pertama.

Akhirnya....

Pengakuan Isteriku menyatakan bahawa hati beliau telah tawar hati dan rasa setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga ini memberikan tamparan hebat kepada aku sebagai seorang suami dan lelaki. Kelemahan aku adalah aku tidak menjadi suami yang diingini olehnya walaupun aku telah laksanakan tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga aku tidak pernah mengabaikan nafkah batin mahupun nafkah sosial, aku turut serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas suri dirumah. aku bertanggungjawab dalam menjaga anak anak aku.Segala kebaikkan aku di pandang dingin dan masih tidak cukup untuk memulihkan dirinya yang terluka dan ianya memakan dirinya sendiri. bagi aku setelah aku mengatakan sesuatu esoknya aku terus lupa dan fokus untuk bekerja mencari nafkah dan teruskan kehidupan. tetapi bagi dirinya ianya semakin PARAH.

Mungkin ...

Semua ini tidak cukup untuk isteriku perasaan egonya yang amat tinggi langsung tidak memberikan ruang dan peluang kepada ku malah beliau semakin membenci aku ke tahap titik terakhir sehingga perasaan menyampah melihat wajah ku ini. Wajah yang telah berkorban untuk membentuk sebuah kelaurga bahagia. Selepas tarikh 9 januari 2024 kami cuba untuk mengembalikan hubungan yang keruh ke arah kejernihan dan kami telah capai kata sepakat untuk beliau mengerjakan UMRAH bagi tumpuan beliau merapatkan diri dengan allah. Sekembalinya daripada UMRAH beliau mengikuti kursus SAPIM di masjid Bandaraya dan hadiri pelbagai program keislaman. Kehidupanya berubah secara 360 darjah daripada suka memaki pakaian ketat kepada jubah bertutup serta tudung labuh alhamdulillah. Doa aku di makbulkan oleh Allah swt . Beliau seorang ibu yang baik tegas dalam memastikan anak anaknya menuruti perintahnya. Beliau banyak membantu aku dalam berusaha membentuk rumahtangga ini. Beliau tidak meminta minta lebih mengikut kemampuan aku.

Fenomena...

Kebaikkan ku masih tidak cukup untuk beliau menyukai suaminya ni yang telah menaikkan taraf dia dari seorang manusia biasa kepada seorang permaisuri didalam keluarga kecil ini. Kegoannya kian memuncak apa bila beliau meluahkan sekali lagi (Kali Kedua ) untuk tidak mahu duduk sebumbung lagi dengan diri ku ingin berpisah cara baik dengan mengenakan syarat. Syarat yang tidak di sukai oleh aku sebenarnya. Malah telah menaikkan kemarahan aku. Walaupun beliau bertanya dengan baik. Ekspektasi aku beliau akan berubah menjadi lebih baik untuk sama sama membina keluarga ni hingga akhir hayatku tetapi punah dan musnah permintaanya membuatkan aku hilang diri aku sebentar. Sebelum ini pn kami agak kurang melakukkan hubungan badan sebagai suami isteri kerana aku menunggu dari dirinya dan aku tidak suka di paksa . rupanya beliau masih tidak dapat juga melupakan perkara negatif yang ada dalam diri aku ini. Aku sangat kecewa dan derita .... Inshallah akan pulih dengan adanya allah swt  aminyarabilamin...

Penyakit  Ohhhh ...

Aku tahu aku mempunyai penyakit yang tidak dapat di ubati hanya dapat dihalangi dengan pengambilan ubat secara berterusan sahaja dapat memanjangkan tempoh umur ku dengan izin allah swt dan aku sedar siapa aku siapa diri aku hanya hamba allah yang ingin cuma mendapatkan sedikit kasih sayang dihargai dan kemanjaan daripada seorang bernama isteri. Isteri yang aku mau menghormati diri aku sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab tidak pernah pun keluarga kecil ni berlapar dari dahulu alhamdulilah ada sahaja rezeki diberikan oleh allah swt walaupun tidak sekaya yang diingini. Setiap agama mementingkan keharmonian dalam kehidupan manusia sejagat. Begitu juga dalam Islam, dimana telah cantik disusun oleh Yang Maha Berkuasa panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara berkaitan dengan kehidupan manusia iaitu melalui panduan Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad s. a. w. Antara aturan ilmu yang ada dalam kalam suci Allah dan panduan hidup Nabi Muhammad S.A.W adalah berkait rapat dengan cara membentuk keluarga harmoni dan sejahtera untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rum , ayat 21 yang bermaksud”

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup bahagia dengannya dan dijadikan antara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan (kesedaran) bagi orang yang berfikir.


Telur di hujung tanduk...

Kini hubungan kami menanti belah yang akan menuju kearah yang tidak di sukai oleh Allah swt walaupun ianya halal. Jika di tanya perasaan aku .. aku masih menyayanginya aku masih menghormati dia sebagai isteri tidak pernah terniat di hati aku untuk menghina .. Mungkin cara aku berbicara tidak sesuai dengan penerimaannya cara aku menasihatinya tidak sesuai dengan budaya dia cara aku mengeluarkan kata kata tidak melambangkan perkara kebaikan tetapi pandangannya adalah suatu penghinaan. Kini aku berserah kepada allah swt yang maha esa jika ini takdir aku yang tertulis dari luh mahfuz aku redho. Namanya untuk aku redho atas permintaan istri aku ini (bercerai) sudah pastinya aku tidak sesekali meredhokannya dan aku tidak akan memaafkanya atas kehancuran rumah tangga yang aku bina dengan keikhlasan selama ini. Kesalahan aku kesilapan aku kekhilafan aku kecemburuan aku dibayar dengan perpisahan....

Berbaloikah....

Aku cuma hanya seorang suami yang boleh diputuskan melalui ikatan. aku bukan keluarga sedarah sedaging yang persengketaanya tidak boleh diputuskan begitu sahaja. Jika di tanya adakah ada perasaan sayang dan cinta pada isteri ku tipula jika aku menafikannya. Kasih sayang aku tidak berbelah bahagi sebagaimana aku menyayangi anak anak aku S dan M.

Menangisi...

Puas aku menangisi nasib ku yang telah pun masuk umur 50 an terpaksa sekali lagi menghadapi masalah rumah tangga sebegini dan aku sedar aku tak sehebat orang yang lebih muda yang boleh memahaminya dan bertanggungjawab lebih baik daripada diri aku. Kadang-kadang aku berfikir ini adalah kifarah aku setelah aku mengecewakan hubungan terdahulu😥. Aku mengharapkan agar beliau melihat kebaikan dalam diri aku tetapi gagal malah benci semakin meluap-luap terhadap aku sehingga hilang rasa cinta dihatinya terhadap diriku. Kini beliau bersikap sangat dingin sehingga dingin ini lebih sejuk daripada kutub utara mahupun selatan. Kusangka panas hingga ke petang kiranya hujan di tengahari. Aku beranggapan setiap yang berlaku ada hikmahnya, takdir aku telah di tulis dari sejak aku didalam perut ibu ku lagi. Apa yang aku perlukan adalah anak-anak aku dan akan pastikan anak-anak aku tidak menderita seperti aku, menjaga mereka seperti menatang minyak yang penuh merupakan janji aku dan tanggungjawab aku. Inshallah selagi kudrat aku masih mampu, kesihatan aku mengizinkan aku akan menjaga anak aku dan berikan didikan terbaik untuk mereka. Kepada Isteriku yang tawar hati dan membenci aku masih berharap dengan mu agar sekelumit kasih sayang terhadap aku ada dalam diri mu dan berubah untuk menyayangi aku semula sebelum suatu keputusan dicapai di mahkamah nanti. Allahuakbar😭

Akhirnya .... aku gagal lagi.😭🙏

Kesimpulan yang dapat dinyatakan disini adalah bagi menentukan aras keharmonian sesebuah keluarga itu bukanlah semata mata kerana pangkat, harta, darjat dan kebendaan. Namun penentu sesebuah kebahagian keluarga adalah berpandukan kepada niat kita kepada Allah untuk menjadikan keluarga yang dimiliki ini sebagai pelaburan masa depan di dunia dan akhirat serta mengakui kehidupan, keluarga, anak anak dan pasangan masing-masing sebagai pinjaman Allah kepada kita. Keharmonian yang dicari oleh setiap keluarga adalah berbeza namun ianya perlulah dipupuk dari asas agama dan asas kehidupan melalui ilmu kehidupan dan ilmu kekeluargaan. Apa yang berlaku aku terima sebagai pengajaran kehidupan aku di Negeri dibawah bayu (30 tahun ) ini tidak lekang oleh cabaran dan dugaan. Mengejar cinta manusia derita lebih baik mengejar cinta allah bahagia hingga ke penghujungnya. Kini aku lebih bersikap terbuka dan redha dengan apa yang berlaku. Pada tarikh 24 Jun aku telah melafazkan perkataan yang tidak aku terfikir akan melafazkannya depan Hakim Mahkamah Syariah . Aku diminta untuk mengahiri hubungan ini atas alasan untuk reset semula perkahwinan yang telah dibina melebihi 10 tahun. 💔💔💔

Semoga…

Dalam tempoh ini,
Doaku tak terhenti – walau lelah menapak waktu.
Aku pinta,
Agar hidup yang bersisa ini bukan sekadar menunggu,
Tetapi menjadi penawar –
Pada luka semalam,
Pada jiwa yang pernah kecewa,
Pada hati yang pernah tertinggal jauh di belakang masa.

Jika diberi peluang,
Aku ingin menjadi versi terbaik diriku,
Bukan untuk dikenang,
Tetapi untuk meninggalkan jejak kebaikan yang tidak pun perlu disebutkan.

Jika diberi peluang,
Akan ku lafaz syukur setiap pagi,
Akan ku tebar kasih pada setiap senyuman,
Akan ku semai sabar pada setiap ujian.

Tuhanku…
Andai ini penghujung,
Kurniakan aku reda yang mendamaikan,
Dan cinta yang tak pernah padam –
Dari-Mu dan insan-insan yang pernah aku sayangi semoga aku kembali dengannya dengan ketenangan yang agar cahaya di hujung usiaku terang ibarat cahaya di langit yang terang .. 

Tapi jika tiada lagi peluang,
Cukuplah doa ini menjadi saksi,
Bahawa aku pernah berharap…
Pernah menyesal…
Dan pernah benar-benar ingin menjadi lebih baik –
Sebelum segalanya terlambat.

👐👐👐👐👐👐 




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama