"Dari Hobi Jadi Gaya Hidup: Cerita Berbasikal Saya"
Tahun 2011 merupakan tahun aku berkecimpung dengan pengangkutan bernama Basikal. Sebelum aku berbasikal sukan utama aku adalah lapangan GOLF. Orang bilang Golf ni adalah sukan orang kaya. Tapi bagi aku kekayaan itu bergantung sama ada seseorang mampu atau tidak menguasai Sukan tersebut. Set GOLF sememangnya mahal tetapi jika di fikirkan jangka panjang ianya berbaloi kerana peralatan Sukan Golf tahan sehingga pencen. Begitu juga dengan Berbasikal sebuah sukan yang boleh kita katakan menarik dan sangat menyihatkan tubuh badan berdasarkan kajian yang telah di keluarkan oleh beberapa pakar di seluruh dunia. Makanya aku berubah kepada sukan berbasikal kerana hubungan sosial basikal ni lebih luas dan menyeronokkan. Bukan la dikatakan GOLF ni tidak seronok cuma hubungan sosialnya agak terhad dan tidak semua yang mampu milik. makanya saya lebih memilih berbasikal tetapi tidak jua meninggalkan sukan lapangan Golf .
Bila kita sebut berbasikal sudah pasti jenis basikal apakah yang menjadi pilihan. Pada tahun awal aku berkecimpung dalam sukan ini aku mendapatkan nasihat rakan-rakan yang boleh dikatakan semuanya ada gaya, mutu dan keunggulan, dimana mereka mencadangkan basikal MTB yang agak mahal dengan spec yang merisaukan aku dari segi harga. Walaubagaimanapun aku tidak termakan racun rakan-rakan ku ni aku lebih memilih basikal yang mampu milik dan basikal pertama aku adalah excalibur MTB Aloi dengan 9 speed.
Ekplorasi Pertama Kumpulan HHCS pada tahun 2011
Eksplorasi KG Tudan Ranau Bersama HHCS
Eksplorasi Gunung Alab Tambunan Bersama CAKK.
Ada yang dilema, patutkah mereka membeli basikal jenis Mountain Bike atau lebih dikenali sebagai MTB mahupun Road Bike?
Bagi aku semua basikal mempunyai kelebihan masin masing . Ramai orang lebih memilih MTB kerana faktor harganya yang lebih murah, mampu milik dan rekaannya lebih tegap serta kukuh berbanding Road Bike.'
Eksplorasi Tombongon Bukit Kokol bersama HHCS😆
Walaupun sesetengah orang mendapati kedua-dua basikal ini mungkin kelihatan sama, tetapi ia mempunyai fungsi yang agak berbeza.
Berjaya menguasai puncak bukit Timpangoh dengan sudut pendakian hampir 30 darjah
Aku rasa MTB bersifat dua alam (on road dan off road), namun ia lebih seronok dikayuh off-road. Ini kerana tayarnya yang tebal dan suspensi fork hadapan menyerap dengan baik ketika melalui jalan off-road.
Bukan itu sahaja, MTB adalah basikal yang dirancang untuk mengembara mengikut rupa bumi yang tidak rata dan kasar.
Eksplorasi 42 km kawasan berbukit di Perkampungan Tudan Ranau
Berbasikal bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga membawa banyak manfaat kesihatan. Aku ingin berkongsi perjalanan aku dalam melaksanakan aktiviti berbasikal sejak tahun 2011 hingga kini .. Aku mempunyai 4 Group berbasikal yang terdiri daripada pelbagai jenis basikal serta kumpulan yang menikmati basikal sebagai hobi mereka yang utama. Ahli kumpulan kami semua terdiri juga daripada lapisan umur dari 80 tahun ke bawah dan mereka semua masih aktif berbasikal bersama ahli kumpulan masing masing. Apa yang menjadi tarikan sebenarnya adalah kesemua jenis-jenis basikal ni mempunyai kelebihan masing-masing . Selama lebih 10 tahun aku mengayuh aku sudah merasai pahit manis berbasikal bersama rakan yang muda, tua dan pertengahan.
Pernah pada tahun 2023 aku hampir di langgar oleh lori 10 tan di jalan lebuhraya maang penampang. Pada ketika itu aku bersama 3 rakan lain lagi mengayuh dan di langgar dari belakang rakan ku di bahagian hadapan paling teruk dilanggar hampir sahaja berlaku perkara yang tidak dingini. Rakan aku terpaksa rehat 6 bulan daripada kemalangan yang berlaku ketika itu. Walau bagaimanapun setelah pulih semangat yang di tunjukkan untuk tidak berputus asa terhadap basikal membawa kepada beliau mengayuh semula selepas kemalangan tersebut. Ini adalah antara pengalaman yang pahit aku alami.
Untuk makluman semua, kelebihan berbasikal sebenarnya daripada sudut kesihatan kita ingin menjadikan kehidupan kita lebih baik antaranya kelebihanya adalah seperti berikut :
1.Membakar Kalori
2.Baik untuk Sendi
3.Manfaat kepada jantung
4.Kita akan dapat tidur yang lebih lena
5.Hidup lebih lama (mengikut kajian)
RB...
Road Bike adalah basikal dalam posisi kedudukan erodinamik dan hanya sesuai digunakan untuk jalan raya bertar.
Ia tampil dengan pakej entry, komponen Carbon / Aloi, kerangka keluli murahan dan memerlukan penambahbaikan. Tayar road Bike dicipta halus sesuai untuk digunakan pada permukaan yang licin seperti jalan metalik. Sudah pasti kelajuan merupakan aspek paling penting dalam memiliki sebuah basikal berjenama Road Bike.
Berbasikal SOLO Road bike di kawasan lebuhraya Maang Penampang
FOLDING BIKE ....
BOLEH DILIPAT
Sudah tentu kelebihan yang utama basikal lipat adalah ianya boleh dilipat dan kecil. Aku suka dengan kelebihan ini menjadikan basikal ini mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya apabila aku ingin menggunakannya di kawasan bandar atau pun kawasan kampung.
Disebabkan saiz selepas dilipat menjadi kecil, ianya tidak memakan ruang yang besar dan aku boleh membawa basikal lipat masuk ke dalam kenderaan, pengangkutan awam, ofis bahkan kedai dengan syarat anda masukkannya ke dalam beg yang disediakan.
MUDAH ALIH
Disebabkan saiz yang kecil dan boleh dilipat, basikal jenis ini kebanyakannya direka dengan bahan yang ringan menjadikan basikal ini mudah alih, tidak berat dan boleh diangkat dengan sebelah tangan sahaja!
Jadi ianya sangat sesuai untuk digunakan di mana sahaja kerana aku boleh membawanya masuk ke dalam kenderaan sendiri dan pengangkutan awam.
MUDAH DIKENDALIKAN
Basikal lipat juga lebih mudah dikendalikan daripada basikal konvensional yang lain kerana ianya lebih ringan dari segi roda dan bingkai. Walaupun bersaiz kecil, anda melaraskan ketinggian kerusi mengikut kesesuaian aku sendiri.
Dari segi sistem gear juga mudah untuk difahami dan tidak terlalu rumit. Selain itu, disebabkan rodanya kecil ianya lebih selamat dan senang dikawal.
HYBRID
Antara faktor yang sering menjadi faktor pemilihan basikal adalah reka bentuknya. Reka bentuk basikal lipat sangat hybrid menjadikan ianya sesuai digunakan sama ada di atas onroad atau offroad. Malah kini semakin popular basikal dijadikan basikal touring! cuma buat masa ini aku belum lagi menggunakan Folding bike aku utk tujuan touring kerana basikal lipat aku adalah jenis single gear classic japan.
Di pasaran basikal lipat sebenarnya banyak jenis. Perkembangan teknologi terkini menyaksikan basikal lipat telah banyak berubah dan menggunakan material yang lebih tahan lasak dan kukuh di pasaran. Bergantung kepada bajet aku sendiri tetapi aku lebih suka dengan basikal lipat classic aku lebih gentlement....
ERGONOMIK
Satu lagi basikal lipat ni lebih ergonomik kerana ianya di reka untuk semua lapisan manusia. Ini kerana struktur reka bentuk basikal lipat tidak perlu membongkok ke hadapan.
Untuk sesetengah orang laaa , basikal yang perlu membongkok seperti roadbike akan menjadi masalah seperti sakit pinggang dan lenguh badan kepada pengayuh. Jadi basikal lipat ini sangatlah sesuai untuk aku gunakan untuk beriadah bersama keluarga secara santai mahupun rakan rakan ku. Di Kota Kinabalu sendiri telah ada group khas untuk basikal lipat yang setiap minggu berkumpul dan dari sana kita akan lihat pelbagai reka bentuk dan pengubahsuain telah dilakukan untuk kelajuan , gaya , dan selesa serta tidak kurangnya yang suka show off.
Berbasikal adalah baik untuk mental dan fizikal. Walaubagaimanapun, sila ingat untuk mendapatkan pelatih peribadi atau profesional untuk memastikan bahawa senaman tersebut adalah sesuai untuk diri kamu semua kerana jika tidak mendapat nasihat yang betul akan berlaku kejadian yang tidak diingini makanya dapatkan nasihat pakar bedasarkan bentuk tubuh badan serta teknik yang sesuai bagi memastikan aktiviti berbasikal kita menjadi aktiviti yang menyeronokkan.
SELAMAT BERKAYUH



