Golf: Bukan Sekadar Sukan Orang Kaya, Tetapi Sukan Menguji Diri




Golf: Bukan Sekadar Sukan Orang Kaya, Tetapi Sukan Menguji Diri

Ramai orang mengatakan bahawa golf adalah sukan orang kaya. Namun bagi aku, kekayaan dalam sukan ini bukan hanya diukur melalui harga peralatan atau kemampuan kewangan, tetapi lebih kepada sejauh mana seseorang itu mampu menguasai kemahiran, disiplin dan falsafah permainan tersebut.

Memang tidak dinafikan, set peralatan golf mempunyai harga yang agak tinggi. Namun jika difikirkan dalam jangka masa panjang, peralatan golf adalah satu pelaburan kerana ia boleh digunakan bertahun-tahun lamanya, malah mampu bertahan sehingga seseorang mencapai usia persaraan. Yang paling penting bukanlah harga set golf itu, tetapi bagaimana kita menggunakan peralatan tersebut untuk meningkatkan kemahiran permainan.

Kisah aku bermula mengenali dunia golf bermula pada tahun 2005, ketika aku masih bertugas di Jabatan Imigresen Negeri Sabah. Pada ketika itu, Timbalan Pengarah telah memberikan kepada aku tiga batang peralatan golf iaitu wood, driver dan sebatang iron 7.

Pada mulanya, peralatan tersebut hanya aku simpan di pejabat. Dalam hati masih tertanya-tanya, adakah aku benar-benar mahu menceburi sukan ini atau sekadar menyimpan sahaja peralatan tersebut?

Sehinggalah seorang rakan membawa aku ke driving range di Lintas. Dari situlah minat aku mula bercambah. Aku mula melihat bahawa golf bukan sekadar memukul bola, tetapi ia mempunyai daya tarikan tersendirila. Ia menggabungkan kemahiran, ketenangan fikiran, strategi dan cabaran terhadap diri sendiri.

AKU  kemudiannya mula membeli set golf pertama iaitu set iron graphite daripada kedai barang terpakai (second hand). Bukan jenama terkenal, tetapi cukup untuk aku memulakan perjalanan dalam dunia golf. Dari situlah aku mula berlatih secara konsisten di driving range bersama rakan-rakan. 

Minat aku terhadap golf semakin berkembang apabila aku mula bertugas di Kementerian Pelancongan dan Pelesenan. Melalui hubungan baik dengan kelab-kelab golf serta pihak hotel, jaringan aku dalam dunia golf semakin luas dan mudah. Peluang bermain di pelbagai padang golf menjadikan pengalaman aku dalam sukan ini semakin bermakna.Bayangkan dengan golf set second hand yg aku  beli  serta beg golf guna pada ketika itu juga adalah second hand. Hebatnya aku pada ketika itu menggunakan set tersebut untuk bermain di Seoul Korea di 2 golf club dan di Japan  bermain 2 golf club disana atas jemputan Sabah Tourism Board dengan mengadakan lawatan disana bagi memberikan penerangan berkaitan lesen pelancongan kepada pengusaha pelancongan di Korea dan Jepun .Sehinggakan pengurus kaunter club golf seolah olah memandang rendah dengan kami dari malaysia bermain golf disana dimana harga green fee untuk kedua dua negara tersebut adalah sangat mahal hingga mencecah ribuan ringgit untuk bermain disana. Aku bersyukur kerana untuk bermain golf disana kami telah di sponsor oleh Sabah Tourism Board.

Disamping itu juga aku pernah bermain golf di Jakarta Indonesia pengalaman aku merasakan bahawa golf club di indonesia berkelas antarabngsa dengan harga yang sgt murah serta layanan yang lebih baik dan profesional kepada semua golfer.Caddy yang sgt menarik serta sangat mahir mengendalikan green .

Kebanyakan padang golf mempunyai 18 lubang (holes) dengan jumlah keseluruhan 72 par. Dalam golf, pemain yang menang bukanlah pemain yang memukul bola paling jauh, tetapi pemain yang berjaya menamatkan permainan dengan jumlah pukulan paling rendah.

Jika sesuatu padang mempunyai 72 par lah kan , pemain terbaik adalah mereka yang mampu bermain pada paras par atau lebih rendah. Dalam golf kita mengenali istilah seperti:

  • Birdie – pukulan satu bawah par
  • Eagle – pukulan dua bawah par
  • Hole in One – memasukkan bola terus ke dalam lubang dengan satu pukulan, kebiasaannya berlaku di lubang Par 3

Aku sering teringat satu falsafah dalam golf:

"Golf bukan melawan lawan, tetapi melawan diri sendiri, padang dan cabaran mental."

Ini kerana setiap pukulan pertama yang kita lakukan menggambarkan tahap persediaan, ketenangan dan keyakinan kita. Kesilapan kecil dalam satu hayunan boleh menyebabkan tambahan pukulan. Dalam golf, pukulan yang kurang adalah kemenangan.

Sebab itu setiap pemain perlu memastikan hayunan yang baik, pukulan yang tepat dan fokus yang tinggi agar bola kecil itu berjaya dimasukkan ke dalam lubang di atas green.

Golf bukan hanya tentang kekuatan fizikal. Ia adalah sukan yang menggabungkan:

Kemahiran fizikal - pusingan badan kaki dan tangan serta swing
Strategi dan pemikiran- mental kena kuat pastikan tiada ganguan serta course yang sulit
Disiplin diri- Golf juga perlu mempunyai disiplin diri dimana jika janji jam 7 sebelum 7 pelru ada di course.
Etika permainan- permainnanyg penuh dengan sikap gentlement
Kawalan emosi- emosi perlu di kawala bagi mengelakkan  kemarahan dan sumpah seranah
Kesabaran dan ketahanan mental

Pemain golf yang berjaya bukan sekadar mampu memukul bola jauh, tetapi mampu mengawal emosi apabila pukulan tidak menjadi, membuat keputusan yang bijak dan memahami strategi permainan.

Sebab itulah golf sering digelar sebagai "sukan gentleman" bah

Dalam golf ini juga, kita belajar satu perkara penting dalam kehidupan — kadangkala cabaran terbesar bukanlah mengalahkan orang lain, tetapi mengalahkan kelemahan diri sendiri.

Bagi aku laa , golf bukan sekadar permainan. Ia adalah perjalanan yang mengajar tentang kesabaran, disiplin, persahabatan dan bagaimana kita menjadi manusia yang lebih baik.

Kerana dalam golf, setiap pukulan adalah satu pelajaran, dan setiap lubang yang kita lalui adalah satu perjalanan kehidupan kita semua .

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama