MAJLIS PERSARAAN YBHG DATUK HAJI RAISIN BIN SAIDIN PENGARAH PENDIIDKAN NEGERI SABAH
27 Julai 2026 merupakan detik yang penuh bersejarah apabila YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin secara rasminya melabuhkan tirai perkhidmatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, setelah mencurahkan lebih 30 tahun bakti sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah memimpin dengan penuh dedikasi, berintegriti dan berwibawa dalam memperkasakan dunia pendidikan serta melahirkan legasi kecemerlangan yang akan terus dikenang. Persaraan beliau bukan sekadar menandakan berakhirnya satu perjalanan kerjaya yang cemerlang, malah menjadi lambang jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang telah memberi impak besar kepada warga pendidikan khususnya di Negeri Sabah.
Antara program yang diadakan pada 27 Julai 2026 adalah seperti berikut :
8.00 pg - Majlis Bacaan Yasiin & Doa Selamat oleh SPI
10.30 @ 11.30 - Majlis Serah Tugas oleh SSM
2.00 ptg - Lawatan Pengarah ke Sektor- Sektor
3.00 ptg - clock-out Datuk Pengarah oleh SP
3.30 ptg - bergerak ke Sekolah2 utk lambaian akhir oleh PPD KK
5.00 ptg - Datuk bergerak ke Hotel Hilton utk pengurusan diri
7.00 malam - jangkaan bertolak ke SICC (Ketibaan di SICC @ 7.30 mlm).3.00 ptg - clock-out Datuk Pengarah - JK
Semasa sesi lawatan ke setiap sektor, YBhg. Datuk telah singgah ke Sektor Sumber Manusia untuk bertemu dan beramah mesra dengan seluruh warga sektor. Pada kesempatan yang cukup bermakna itu, saya telah diberikan penghormatan untuk mendeklamasikan sebuah puisi khas buat YBhg. Datuk sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan beliau sepanjang lebih tiga dekad dalam perkhidmatan pendidikan.Lirik Puisi disediakan oleh Suhandi Jitir saya cuba merealisasikan pengisian puisi menggunakan skil yang ada . Alhamdulillah Puisi tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada hati seorg pahlawan pendidikan.
Dengan penuh penghayatan, setiap bait puisi dilafazkan sebagai luahan rasa daripada hati yang ikhlas. Alhamdulillah, puisi tersebut berjaya menyentuh hati YBhg. Datuk sehingga beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata. Saat itu menjadi detik yang amat bermakna, bukan sahaja buat saya, malah buat seluruh warga yang hadir, kerana ia menggambarkan betapa besarnya kasih, penghormatan dan penghargaan yang terjalin antara seorang pemimpin dan warganya.
Detik itu akan terus terpahat sebagai kenangan yang sukar dilupakan, menjadi simbol penghormatan tulus kepada seorang pemimpin yang telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi demi kemajuan pendidikan di Negeri Sabah. Berikut adalah skrip puisi yang memberikan makna yang sgt puitis dan kesan positif kepada hati YBHG Datuk.
Bakti Terukir di Bawah Bayu
Bayu berpuput lembut di Negeri Di Bawah Bayu,
Membawa khabar tentang sebuah perpisahan,
Bukanlah noktah pada sebuah perjuangan,
Tetapi jeda rehat buat seorang pahlawan pendidikan,
Yang telah lama menabur benih-benih harapan.
Datuk Haji Raisin bin Saidin,
Seutas nama yang mekar di tampuk pimpinan,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang disayangi,
Nakhoda cekal yang pantang menyerah pada gelora,
Mengemudi bahtera ilmu merentasi samudera,
Membawa anak bangsa ke puncak jaya.
Keringatmu tumpah di bawah bayangan megah Kinabalu,
Menyemai bakti dengan jiwa yang tak pernah jemu,
Dari ceruk pedalaman hingga ke tengah kota,
Engkau menyantuni guru, engkau mendidik nusa,
Demi memastikan tiada anak Sabah yang keciciran,
Dalam mengejar erti sebuah kejayaan.
Gagasanmu teguh, bicaramu penuh hikmah,
Mengangkat martabat pendidikan di bumi bertuah,
Lelahmu disembunyi di sebalik senyuman,
Tegasmu terbalut dalam kelembutan budi,
Menjadi inspirasi buat kami yang terus berdiri,
Menyambung legasi yang telah engkau rintiskan.
Kini, takwim waktu tiba di garisan penamat,
Tugas rasmi melabuhkan tirai yang sarat rahmat,
Namun budi dan jasamu, Datuk,
Akan kekal terukir di dinding ingatan,
Takkan lapuk dek hujan, takkan lekang dek panas,
Menjadi prasasti abadi di dalam hati kami.
Selamat bersara, pemimpin berjiwa mulia,
Berehatlah dari deru tugas yang tak terperi,
Semoga fasa baharu ini mekar dengan bahagia,
Dipelihara kesihatan, diberkati rahmat Ilahi,
Berdamping keluarga tercinta, tenang dan damai sentiasa.
Terima kasih, Datuk. Jasa baktimu, kamilah saksinya