Di Sebalik Pintu Asrama: Apa Yang Saya Lihat, Apa Yang Perlu Kita Ubah Sedar la wahai Pentadbir Sekolah SMK AGAMA KIMANIS PAPAR

 

Di Sebalik Pintu Asrama: Apa Yang Saya Lihat, Apa Yang Perlu Kita Ubah Sedar la wahai Pentadbir Sekolah SMK AGAMA KIMANIS




Kadangkala kita terlalu selesa melihat sebuah bangunan sekolah dari luar. Catnya masih cantik, pagar masih berdiri teguh dan papan tanda masih orang bilang gah terpampang di hadapan. Namun, pada hakikat sebenar hanya dapat dilihat apabila kita melangkah masuk ke dalam kawasan yang menjadi rumah kedua kepada ratusan murid di seluruh sabah yang berjaya memasuki – asrama.

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai satu pemantauan mengejut ke sebuah asrama sekolah harian di Sabah. Tujuannya bukan untuk mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya kita perlu memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan Pelajar  sentiasa menjadi keutamaan atau dalam bahasa english nya Priority.

Apa yang saya temui benar-benar membuka mata saya sebagai kakitangan bukan guru iaitu saya hanya berjawatan Pegawai Eksekutif sahaja.

Di satu kawasan lapang berhampiran asrama, tanah sentiasa basah walaupun cuaca panas tanpa hujan. Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil, namun keadaan itu memberi petunjuk bahawa mungkin terdapat kebocoran paip di bawah tanah yang masih belum dikesan atau belum diambil tindakan. Apabila saya bertanya kepada warden asrama dia maklumkan bahawa perkara ini telah berlanjutan lebih daripada setahun yg lalu. ini membawa kepada fikiran saya yang tak masuk logik akal apa kah tindakan Pentadbir Sekolah, Ap peranna PIBG sekolah adakah mereka semua tidur atau tidak peduli dengan anak anak merke adi urs disekolah berkenaan Jika dibiarkan berlarutan, bukan sahaja berlaku pembaziran air, malah struktur tanah juga boleh terjejas dan mengundang risiko kepada pelajar iaitu anak anak kita bah.

Apabila memasuki blok asrama lelaki pula, keadaan yang ditemui lebih membimbangkan dan menjijikkan mata melihat. Banyak pintu bilik asrama telah rosak dan ada yang pecah. Lebih menyedihkan, kipas yang dipasang terlalu kecil untuk keluasan bilik serta jumlah penghuni. Bahang panas di dalam bilik menyebabkan ada pelajar memilih tidur di atas lantai simen semata-mata untuk mendapatkan sedikit keselesaan Allahuakbar  Sebagai orang dewasa, mungkin kita sendiri tidak sanggup berada dalam keadaan sedemikian. Bayangkan pula bagaimana pelajar iaitu anak anak kita pelanggan utama kita iaitu pelajar bah yang perlu tinggal di situ setiap hari.

Satu lagi perkara yang menyentuh hati ialah apabila terdapat murid yang tidak mempunyai bantal yang mencukupi, apabila saya bertanya kenapa tidur tiada bantal dia bilang memang begini la kami tido tiada bantal ... sedangkan di dalam stor masih terdapat stok bantal baharu yang belum diagihkan. Isu ini bukan soal kekurangan aset, tetapi lebih kepada kelemahan dalam pengurusan dan penyampaian kemudahan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Keadaan tandas juga memerlukan perhatian serius oleh pentadbir sekolah. Air melimpah sehingga menyebabkan beberapa blok tandas dinaiki air, manakala tahap kebersihannya sangat tidak memuaskan. Tandas yang tidak bersih bukan sekadar mencacatkan imej sesebuah institusi, malah ianya boleh menjadi punca penularan penyakit serta mengancam keselamatan akibat lantai yang licin allahukbar.

Di blok asrama perempuan pula, kebocoran kolah takungan air menyebabkan kawasan mencuci pakaian dan bilik mandi sentiasa digenangi air. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko murid tergelincir selain menjejaskan keselesaan mereka menjalani rutin harian.

Apa yang lebih membimbangkan ialah terdapat dua unit kuarters guru yang telah dikenal pasti tidak selamat untuk diduduki berdasarkan penilaian teknikal JKR lah. Namun begitu, masih terdapat penghuni yang menetap di situ. saya dimaklumkan bahwa terdapat 2 buah keluarga guru masih menetap disana . Keselamatan bukan sesuatu yang boleh dikompromi bah. Apabila sesebuah bangunan telah disahkan berisiko, tindakan segera perlu diambil tanpa berlengah kawasan tersebut perlu di letakkan garisan keselamatan ..

Walaupun begitu, saya juga melihat banyak perkara yang positif. Rekod pengurusan diselenggara dengan baik, kawalan keselamatan berada pada tahap memuaskan juga la, warden menunjukkan komitmen terhadap kebajikan murid dan suasana keseluruhan asrama masih terkawal. Ini membuktikan bahawa warga sekolah sebenarnya mempunyai kesungguhan untuk menjalankan amanah mereka.

Namun, hakikatnya pengurusan yang baik tidak akan mampu menutup kelemahan infrastruktur yang semakin uzur. Murid memerlukan tempat tinggal yang selamat, bersih dan selesa kerana di situlah mereka belajar hidup berdikari, membina disiplin dan mengejar cita-cita.Saya sendiri pernah menetap di Sekolah Berasrama Penuh SAins Muar Johor tetapi kemudahan serta infratsruktur jauh berbeza dengan SMK agama KImanis ini . Kawasan nya sangat luas tetapi kosong tiada aktivit penanaman hasil bumi yang boleh menjana ekonomi sekolah . Pentadbir kini perlu kreatif untuk mencorak sebuah sekolah dan bukan hanya duduk dia dalam aircond sahaja bah.

Saya percaya setiap teguran melalui pemantauan bukan bertujuan mencari salah sesiapa. Sebaliknya, ia adalah ruang untuk kita melihat realiti sebenar di lapangan dan bertindak sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Penyelenggaraan bukan sekadar membaiki bangunan, tetapi melindungi nyawa, menjaga maruah institusi dan memastikan setiap murid mendapat hak mereka untuk tinggal dalam persekitaran yang kondusif.

Semoga setiap dapatan yang direkodkan tidak hanya menjadi dokumen di dalam fail, tetapi diterjemahkan kepada tindakan yang nyata. Kerana akhirnya, kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi juga melalui sejauh mana kita menjaga keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yang diamanahkan kepada kita. Saya mohon kepada semua Pentadbir sekolah apabila satu amanh yg telah diberikan kepada kita laksanakan tanggungjawab itu dengan ikhlas dan jangan buat dengan semborono sahaja bah.

Satu lagi perkara yang saya mahu pembaca fikrkan antara sekolah mubaligh kristian, sekolah yang di tadbir oleh bangsa cina kita akan dapati sekolah berkenaan bersih dan sangat teratur dalam aspek pentadbiran , urusan pelajar serta sangat kurang kes kes buli sehingga menyebabkan kematian dan Sekolah agama kita berada dalam keadaan yang sebegini ...adakah masalah pengurusan lemah atau masalah PIBG yang hanya menjadi pak turut dan tidak menyumbang apa apa kepada sekolah. Tidak perlu ibu bapa menyumbang kerana latar belakang ibu bapa melayu kebanyakkannya makan gaji tetapi pengerusi PIBG sepatutnya mencari sponsor dari kalangan kontraktor melayu untuk menyumbang kepada sekolah dan pihak sekolah pula akan berikan sijil atau penghargaan kepada semua kontraktor dan mereka boleh menggunakan dookumen berkenaan untuk dapatkan pengurangan cukai dan sebagainya. makanya fikir fikirkan laa kepada semua pembaca sekolah agama yang mengajar agama islam seterusnya lambang kepada keutamaan kepada kebesihan dan keselamatan sehingga berlaku perkara diatas. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama