LARIAN BERSAMA NEGARA BANGSA
Larian Bersama Membina Negara Bangsa merupakan satu inisiatif kerajaan yang menggabungkan elemen sukan, perpaduan dan pembinaan jati diri masyarakat. Aktiviti larian bukan sekadar mengejar kemenangan atau catatan masa, tetapi menjadi medan untuk menghimpunkan rakyat daripada pelbagai latar belakang bagi membina semangat kebersamaan.
Aku telah mendaftar larian ni yang diadakan pada 14 June 2026 yang bermula di Likas Stadium. bak kata pepatah bila mengantuk di sorongkanbantal aku terus la mendaftar bagi menyahur seruan kerajaan . jarak larian tidak jauh cuma 5 Km sahaja. Aku memulakan langkah awal dari garisan permulaan
Seperti dalam kehidupan, yang penting bukan siapa yang sampai dahulu sahaja, tetapi bagaimana kita bergerak bersama menuju destinasi yang sama. Setiap langkah kecil yang diambil bersama menjadi simbol kekuatan sebuah negara bangsa. Negara kita perlukan perpaduan tanpa perpaduan maka hancur negara bangsa . Usaha sebegini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan sesam kaum yang telah lama kita duduk dibawah satu bumbung yang kita kenali MALAYSIA. Bila sebut perpaduan ketepikan pandangan atau Ideologi Politik yang kerap diberikan gambaran merusakkan perpaduan.
aku mahu kita semua ikut program Larian Bersama Membina Negara Bangsa — satu langkah, satu hati, satu arah menuju Malaysia yang lebih bersatu dan maju. setakat yang aku tahu kehadiran untuk larian ini adalah seramai 11,000 peserta untuk larian 5 km . Sabah sememangnya agak sporting dalam mengkuti event seperti ini. Aku berpakat dengan sahabatku Rezal dan Syukur agar kita dapat lari bersekali . kami telah cuba untuk dapatkan garisan permulaan akhirnay aku yang berjaya sahabat aku yg 2 lagi entah kemana. bila alrian di lepaskan aku mulakan larian santai melalui laluan yang telah di tetapkan. akhirnya aku berjaya selesai kan garisan penamat dengan pace 5.45.