PILIHANRAYA UMUM NEGERI SABAH 2025
1994 merupakan tarikh keramat yang membuka lembaran baharu dalam hidupku—tahun aku melangkah ke Negeri Di Bawah Bayu, sebuah negeri yang indah, memukau, dan kaya dengan khazanah alam. Dari Puncak Kinabalu yang megah, lautan yang membiru, hingga hutan yang masih bernilai tinggi dari segi estetikanya, semuanya menjadi saksi perjalanan hidupku sebagai penjawat awam di bumi bertuah ini.
Namun setelah 34 tahun menetap dan berkhidmat di Sabah, ada rasa kecewa yang sukar disembunyikan. Pembangunan infrastruktur, rangkaian jalan raya, serta kemudahan asas seperti air, api dan jaringan telekomunikasi masih jauh ketinggalan. Negeri yang begitu kaya dengan hasil bumi ini sepatutnya sudah lama maju seiring Semenanjung, tetapi realitinya masih mendung dan menyedihkan.
Pemimpin datang dan pergi, pilihanraya silih berganti—namun perubahan besar yang dijanjikan tidak pernah benar-benar menjadi kenyataan. Ada yang rakus mengaut hasil bumi demi kepentingan sendiri, sedangkan rakyat semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Slogan “Sabah for Sabahan” hanya tinggal laungan kosong tanpa roh perjuangan.
Setiap jabatan yang dipimpin pula sering melaungkan agenda masing-masing—kononnya ingin membawa landskap baharu pendidikan, ingin memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir. Tetapi sejauh mana semua itu benar-benar berlaku di lapangan?
Lebih menyedihkan, walaupun rakyat marah dan membantah, keputusan pilihanraya tetap mengangkat pemimpin yang sama, kadangkala kerana “Roti Gardenia” yang diagihkan menjelang pilihanraya. Sampai bila rakyat Sabah perlu dipandang seperti mudah dibeli? Sampai bila perut dijadikan alat memadam suara rakyat yang sebenarnya dahagakan pembangunan setaraf negeri-negeri maju?
Pemimpin semakin kaya, rakyat semakin miskin—di manakah silapnya? Siapakah sebenarnya yang mengkhianati politik dan masa depan Sabah?
Dan kini, apabila rakyat diberi peluang sekali lagi melalui Pilihan Raya Negeri Sabah, keputusan telah pun menunjukkan wajah sebenar suara rakyat…
Tumpuan utama dalam PRU Sabah 2025 dijangka tertumpu kepada isu-isu teras seperti kestabilan politik, pemerkasaan ekonomi, peluang pekerjaan, pembangunan luar bandar, penyediaan infrastruktur asas, keselamatan sempadan serta kebajikan masyarakat. Kehendak rakyat untuk melihat kesinambungan dan peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan awam akan menjadi indikator besar kepada keputusan pilihan raya ini.
Dalam masa yang sama, kejayaan PRU ini bergantung kepada kecekapan pengurusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dimana aku juga bertugas sebagai ketua tempat mengundi di SJKC LOKYUK Menggatal ingin juga merasa suasana dan proses pengundian berlangsung dengan aman serta kerjasama semua kementerian dan agensi berkaitan amat mengkagumkan walauopun terdapat kelemahan yang boleh dibaiki. Pengurusan pusat pengundian, kelancaran logistik, ketelusan proses kiraan undi dan keselamatan pengundi adalah elemen penting bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap integriti pilihan raya dapat diperkukuhkan dengan jayanya.
Penyertaan aktif rakyat Sabah juga dilihat amat signifikan. Tingkat kesedaran politik, akses kepada maklumat yang sahih serta kematangan pengundi dalam membuat pilihan tanpa dipengaruhi manipulasi maklumat adalah faktor yang menyumbang kepada keputusan yang lebih berkualiti. Suasana kempen yang sihat, beretika dan berfokus kepada isu-isu pembangunan sebenar negeri Sabah amat dialu-alukan bagi memastikan budaya politik yang lebih matang daripada dahulu.
…dan keputusan itu bukan sekadar angka di kertas undi, tetapi suara hati rakyat Sabah yang sudah terlalu lama menanggung kekecewaan. Rakyat akhirnya bangkit untuk menyatakan bahawa mereka tidak lagi mahu ditipu dengan janji kosong, tidak lagi mahu digula-gula setiap kali pilihanraya tiba.
Pilihan Raya Negeri kali ini membuktikan bahawa kesedaran politik rakyat terutamnya di kawasan bandar semakin matang. Mereka mula melihat siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya menangguk di air keruh. Mereka mula menilai bukan pada poster, bukan pada ceramah, bukan pada sogokan bukan pada parti tetapi pada rekod perkhidmatan dan keikhlasan pemimpin yang ditonjolkan.
Namun perjuangan belum selesai.
Sabah memerlukan pemimpin yang yang kuat berpendirian dan bukan hanya pandai berkata-kata, tetapi mampu merancang dan melaksanakan pembangunan secara menyeluruh. Sabah memerlukan pemimpin yang berani menamatkan budaya rasuah dan bukan terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan hasil bumi. Sabah memerlukan pemimpin yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan, bukan kroni, bukan keluarga, bukan kepentingan politik.
Rakyat juga perlu terus menuntut hak mereka—hak untuk mendapat jalan raya yang selamat, bekalan air yang stabil, elektrik yang konsisten, kemudahan kesihatan yang lengkap, peluang pekerjaan, pendidikan berkualiti dan pembangunan yang adil.
Kerana Sabah bukan negeri yang miskin. Sabah negeri yang kaya, tetapi terlalu lama dizalimi oleh tangan yang mengkhianati.
Harapan kini diserahkan kepada barisan kepimpinan baharu yang dipilih mandat oleh rakyat. Semoga mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Semoga mereka sedar bahawa mandat yang diberikan bukan untuk berbangga dengan jawatan, tetapi untuk bekerja keras membina semula negeri ini yang sangat hamoni ini.
Dan buat rakyat Sabah—teruslah bersuara, teruslah memilih dengan bijak, teruslah menuntut perubahan yang sepatutnya menjadi milik kita sejak dahulu.
Keputusan rasmi PRN Sabah 2025
-
Dalam PRN ke-17 Sabtu 29 November 2025, sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan. Malay Mail+2Dewan Masyarakat+2
-
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang paling banyak — 29 kerusi. Malay Mail+1
-
Parti Warisan Sabah (Warisan) berada di kedudukan kedua — 25 kerusi. Utusan Borneo+1
-
Parti-parti lain & calon bebas:
-
Barisan Nasional (BN): 6 kerusi Dewan Masyarakat+1
-
UPKO: 3 kerusi Dewan Masyarakat+1
-
STAR Sabah (STAR): 2 kerusi Dewan Masyarakat+1
-
Perikatan Nasional (PN): 1 kerusi Malay Mail+1
-
Pakatan Harapan (PH): 1 kerusi Malay Mail+1
-
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM): 1 kerusi Dewan Masyarakat+1
-
Calon bebas: 5 kerusi Malay Mail+1
-
-
Pandangan aku Walau GRS menang paling banyak, mereka tidak mencapai jumlah majoriti mudah (sekurang-kurangnya 37 kerusi) untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Keputusan ini bermakna Sabah kini berada dalam kedudukan “DUN tergantung” — tiada satu parti pun yang memiliki majoriti mutlak. Maka, kerajaan negeri memerlukan kerjasama antara parti / gabungan untuk membentuk kerajaan. Reaksi parti seperti PH (walaupun hanya 1 kerusi) menunjukkan bahawa keputusan ini dianggap sebagai mesej rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran ada keperluan untuk “belajar dari kekalahan” dan semak semula strategi.
Akhir sekali, Aku dengan penuh harapan Rakyat nyata mahu perubahan tetapi tidak beri kuasa penuh kepada mana-mana parti. Ini mesej bahawa rakyat mahukan check and balance. Pemimpin yang dipilih mesti bekerja, bukan berebut jawatan. Sabah tidak boleh lagi terperangkap dalam “politik lompat parti”. Rakyat perlu pantau janji pembangunan setelah 68 tahun merdeka masih daif seperti air jalan raya elektrik (APIi nternet & rangkaian LAN pendidikan (Sekolah Daif) ekonomi dan pekerjaan dengan berusaha untuk menarik pelabur masuk kenegeri sabah .... Sabah negeri kaya tetapi perlukan pentadbiran yang jujur Berintegriti , Tolak Rasuah , Tidak bergantung pada Pemimpin Semenanjung dan perlu fokus.