Saat Cinta Tidak Lagi Bertahan

 

Aku pernah berdiri megah di hadapan mahligai itu suatu ketika dahulu pada awal 1996 —

dibina dengan janji, disimen oleh cinta,dan dihiasi oleh doa-doa yang tidak pernah putus.
Di dalamnya, tawa menjadi muzik,dan setiap dindingnya memantulkan harapan tentang selamanya.

Namun, aku alpa aku lalai aku hanyut, Dalam khilaf dan keegoan yang buta,
tanganku sendiri yang meretakkan tembok sebuah impian. Impian yang ingin di julang oleh 4 lagi anak perempuan aku, tetapi ketika itu aku jadi bodoh akibat seseorang yang menyebabkan aku dibuai mimpi indah yang akhirnya hancur lebur.Satu demi satu batu runtuh,hingga akhirnya mahligai yang pernah menjadi kebanggaan,rebah ke bumi hanya kerana kebodohanku sendiri. Setelah 18 tahun aku membinanya bersama kini akhirnya punah. Aku sendiri tidak kuatkan akar keluarga ni dengan agama , aku sendiri lalai cuai dalam menjalankan tanggungjawab ku pada sang pencipta. Solat ku abaikan hanya maghrib dan isyak yang lain ku tinggalkan. allahuakbar Allah beriku ujian yang tak mampu ku tolak kerana aku tidak pernah meminta pada sang pencipta di sejadah untuk di pertahankan keluarga ini. Baru ku sedar SOLAT 5 Waktu wajib merupankan tiang agama .Antara kepentingan solat:
Menenangkan hati dan jiwa.
Mengingatkan manusia kepada Allah dalam setiap keadaan.
Mendidik disiplin dan kesabaran.
Menjauhkan diri daripada perbuatan buruk.
Menjadi kekuatan ketika menghadapi ujian hidup.

Kini aku berdiri di antara runtuhan,menyapu debu penyesalan yang menyesakkan dada.
Andai waktu dapat diputar kembali,ingin sekali aku menjadi tukang yang sabar,
bukan peruntuh yang angkuh.

Tetapi dari celah serpihan itu,aku melihat sesuatu yang kecil, namun bersinar—
sebuah harapan.
Kerana setiap kejatuhan bukanlah noktah,tetapi tanda bahawa aku masih diberi peluang
untuk belajar, menebus, dan membina semula. Sehingga la anak aku membesar tanpa aku disisi yang menyebabkan mereka dendam dengan aku 

Mungkin mahligai itu tidak akan sama seperti dahulu,
tetapi kali ini, ia akan kukuh—
kerana ia akan dibina dengan hati yang lebih rendah,
dan cinta yang lebih mengerti makna setia.

Last words dari kami untuk Abah- Dari anak kesayanganku QWAI

Abah, kami tahu juga yang kita tidak tinggal sebumbung. Kita jarang berjumpa. Kalau berhubung melalui WhatsApp pun, bukanlah cerita yang panjang atau mendalam. Bila bercerita pun, sekejap saja.

Sebab itu bila dapat jumpa Abah sekali-sekala, kami ada sedikit harapan tinggi terhadap Abah… sebagai seorang ayah. Kami cuma mahu rasa diberi perhatian, seperti yang sepatutnya seorang ayah berikan kepada anak-anaknya.

Kami faham, Abah ada dua orang anak kecil lagi yang perlu dijaga. Kami tidak marah, kami faham keadaan itu. Tapi kadang-kadang terlintas juga di fikiran kami… adakah kami ini masih menjadi keutamaan Abah? Bila kita berjumpa, rasanya hanya sekadar berjumpa begitu saja. Kadang-kadang terasa seperti kami tidak berada di tempat yang utama dalam hidup Abah.

Maafkan kami kalau kata-kata ini menambah kusut di fikiran Abah yang memang sudah cukup penat.

Pasal Along… Abah cuba fikir balik. Abah jumpa Along berapa kali setahun? Abah dengar cerita-cerita kami berapa kali setahun? Along pun sebenarnya banyak benda yang dia mahu kongsikan, lebih-lebih lagi sekarang bila dia hendak berkahwin. Sebab itu kadang-kadang dia jadi emosional.

Saya dan Along masih cuba kawal perasaan, tapi Fasha dan Eten… kami tidak tahu apa yang mereka pendam. Kesian mereka, Abah.

Sekali lagi, maafkan kami. Tapi sebagai anak yang paling seiras dengan Abah, saya rasa Abah perlu fikir balik tentang hal ini. Tolong jangan pandang ringan, sebab ini tentang kita. Tentang Abah dan keempat-empat anak perempuan Abah.

Itu saja, Abah. Harap Abah boleh fikirkan hal ini dengan mendalam. Terima kasih, Abah. Have a nice day, mate.

Mungkin mahligai itu tidak akan sama seperti dahulu,tetapi kali ini, ia akan kukuh—
kerana ia akan dibina dengan hati yang lebih rendah,dan cinta yang lebih mengerti makna setia.10 tahun berlalu menyedarkan aku betapa peritnya derita anak anak aku ketika mereka memerlukan aku disamping mereka aku tidak ada. Sudah pasti whatsapp dan bersemuka berbeza. 

Kepada Anak-anakku Fiona Farah Fasha Fatin ,

Abah tulis di blog ini dengan hati yang berat dan mata yang berkaca. Bertahun-tahun abah biarkan jarak merenggangkan kita. Bukan kerana abah tidak sayang… tapi kerana abah terlalu leka. Terlalu fokus pada kehidupan baru, keluarga baru, dan kewangan , segala yang datang bersamanya, hingga terlupa… bahawa ada empat jiwa yang dahulunya bertatih memanggil abah, memerlukan kasih dan perhatian seorang yang bergelar bapa.

Abah  tahu, mungkin kalian pernah menunggu…
Menunggu panggilan yang tak datang, lawatan yang tak jadi, ucapan ulang tahun yang dilupakan, atau pelukan yang semakin jarang. Kalian membesar dengan kekecewaan yang abah sendiri cipta – bukan kerana kalian tak cukup baik, tapi kerana abah  terlalu bodoh untuk menghargai kehadiran kamu waktu itu.

Bila abah pandang ke belakang sekarang, hati abah remuk. Abah  rindukan suara kalian waktu kecil, ketawa kalian, soalan-soalan polos yang kini sudah tidak ada. Abah  rindukan peluang yang abah sendiri sia-siakan. Betapa zalimnya seorang bapa yang gagal mendakap anak-anaknya ketika mereka sangat perlukan dia.

Anak-anakku Fiona Farah Fasha Fatin,

Abah  tak minta dilupakan kesilapan ini. Tapi jika ada ruang walau sekecil zarah dalam hati kamu semua untuk memaafkan, abah mohon… maafkan abah. Abah  tidak mampu undur masa, tapi abah  masih punya niat untuk mencuba – mencuba menjadi bapa yang lebih baik, walaupun mungkin sudah terlalu lambat.

Kalian tetap darah daging abah. Tiada siapa yang boleh gantikan tempat kalian dalam hati abah. Biarpun abah  hadir semula dalam hidup kalian hanya sebagai bayang, izinkan bayang ini tetap menjadi teduh, walau sekejap. Sememangnya abah ego abah lalai abah seorang yang prejudis abah seorang yang selfish.... abah mahu kamu semua lawat abah dan tegur abah walaupun abah ketika itu berfikiran seorang anak tidak sepatutnya marah dengan orang tuanya. Apa yang sudah berlaku ada hikmahnya ... hikmah yang allah telah tetapkan perjalanannya untuk kita semua . jika abah telah tiada lagi dimuka dunia ini abah harap jangan lupakan abah ... teruskan la dengan ikhlas doakan untuk abah ketika abah berada di bawah sana. Mungkin Blogg ini akan di baca oleh semua anak anak abah ketika abah telah tiada. tetapi ingat la dalam sudut hati abah kamu semua merupakan permata yang menguatkan abah untuk teruskan hidup. 

Keluarga kita hancur…

bukan kerana kita tidak saling menyayangi, tetapi kerana abah terlalu buta menilai apa yang benar-benar penting. Namun, anak-anakku… dalam kepingan yang berselerak ini, ayah mahu kita cuba kutip semula satu persatu, biarpun perlahan, biarpun tangan abah ini penuh dengan luka penyesalan.

Abah tidak mampu menghapuskan masa lalu, tetapi abah percaya setiap hati yang retak masih boleh disatukan. Mungkin kita tidak akan kembali seperti dahulu, tetapi kita boleh belajar mencipta sesuatu yang baharu – hubungan yang lahir dari keikhlasan, dari air mata keinsafan, dan dari kasih sayang yang tak pernah mati.

Anak-anakku Fiona Farah Fasha Fatin 

Jika kamu semua izinkan, abah mahu menjadi bahagian kecil yang menampal retakan itu. Abah tidak akan pernah berhenti mencuba, kerana bagi abah … kalian bukan sekadar anak, kalian adalah nadi yang membuat abah mahu terus hidup dan menebus kesilapan ini.

Keluarga kita mungkin pernah hancur,
tetapi abah percaya…
dari puing-puing inilah kita akan bina semula rumah hati,
dengan tiang kejujuran,
dinding kesabaran,
dan atap doa yang tak pernah putus.

Abah sayang kamu semua,
lebih dari apa yang pernah abah tunjukkan.

Pesan abah pada kamu semua SOLAT jgn tinggal kuatkan hati untuk solat rukun islam kita ada 5 iaitu 
1.Mengucap 2 kalimah syahadah 
2.SOLAT 
3.Puasa
4.ZAKAT
5.HAJI
makanya solat akan memberikan kita ketenangan dalam menghadapi apa jua masalah dalam kehidupan. Kehidupan kita ini sebenarnya adalah untuk SOLAT bukan untuk mengejar dunia. Dunia hanya tanggungjawab sementara yang perlu dilaksanakan untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini. ALLAHUAKBAR.. berikan aku kekuatan untuk hadapi anak anak aku bagi sisa umur yang tinggal agar mereka mendoakan aku ketiak aku di alam barzah nanti. AMINYARABILAMIN..

Dengan penuh penyesalan,
ABAH

Jika diberi peluang,
Aku ingin memeluk waktu yang telah pergi,
Mencantum kembali serpihan kenangan yang berselerak,
Memohon maaf pada hati-hati yang pernah aku abaikan,
Dan mencintai dengan lebih dalam – tanpa syarat, tanpa lewat.












Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama