SISTEM KEHIDUPAN SUKU PALA’U YANG TERGANGGU DAN KESANNYA TERHADAP RANTAIAN KEHIDUPAN DI SEMPORNA

 



SISTEM KEHIDUPAN SUKU PALA’U YANG TERGANGGU DAN KESANNYA TERHADAP RANTAIAN KEHIDUPAN DI SEMPORNA

1. Pengenalan

Suku Pala’u atau Bajau Laut di perairan Semporna hidup dengan sistem kehidupan berasaskan laut yang diwarisi sejak turun-temurun. Mereka bergantung kepada hasil laut sebagai sumber ekonomi, mempunyai adat budaya tersendiri, dan membentuk komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain. Namun, perubahan arus pembangunan, tekanan ekonomi moden, campur tangan pihak luar, dan eksploitasi oleh golongan tertentu telah merosakkan sistem kehidupan tradisional mereka. Apabila sistem kehidupan mereka di ganggu oleh badan NGO atau badan-badan yang ingin menampakkan ujud kesamaratan terhadap suku kaum lain makanya kehidupan tradisional mereka pupus mengikut peredaran masa.


2. Cuba Kita lihat Sistem Kehidupan Asal Suku Pala’u sebelum sesi normalisasi di perkenalkan oleh campur tangan pihak luar ini.

Ekonomi TradisionalMereka mengamalkan cara menangkap ikan dan hasil laut secara kecil-kecilan dan menikmati ikan segar setiap hari dan mereka tidak menggangu urusan masyarakat luar hanya dengan komunit mereka sahaja.

Budaya & SosialKehidupan mereka pula adalah Hidup secara nomad di laut, berkomuniti dalam kelompok kecil, memelihara adat resam dan bahasa tersendiri serta cara mereka yang jika komuniti luar lihat ianya seperti .

Hubungan dengan Alam Semulajadi  – Mereka juga mengambil sumber laut berdasarkan keperluan seharian, bukan dalam bentuk skala besar yang bersifat komersial besar-besaran.

Struktur SosialKehidupan mereka pula saling bergantung dalam komuniti terapung tanpa banyak campur tangan pihak luar atau pergaulan dengan masyarakat moden seperti kita .


3. Gangguan Terhadap Sistem Kehidupan mereka kita bahagikan kepada beberapa faktor seperti :

Faktor GangguanPenerangan
Eksploitasioleh Golongan TertentuSuku Pala’u dipergunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan keuntungan seperti aktiviti pelancongan tanpa pulangan adil kepada komuniti mereka.
Pembangunan Ekonomi ModenPersaingan daripada industri perikanan berskala besar mengurangkan akses mereka terhadap sumber laut dan menjejaskan penangakpan ikan secara tradisional mereka selama ini.
Peraturan & KawalanKawasan larangan menangkap ikan serta tuntutan dokumen identiti mengekang kebebasan mereka dan secara tidak langsung mereka di asak untuk berubah tanpa di bantu oleh badan yang telah mengekploitasi kehidupan mereka.
Pencemaran& Pemusnahan HabitatAktiviti manusia yang sering membuang cemaran ke laut sehingga mereka kurang sumber - sumber  laut yang memaksa mereka tidak dapat meneruskan aktiviti tradisonal yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.
Penempatan SemulaSuku Pala’u yang dipindahkan ke darat kehilangan identiti budaya dan kemahiran tradisi dan pemindahan ini tidak di bantu untuk membawa mereka kearah kehidupan moden tanpa di berikan latihan untuk mereka hidup di darat seperti masyarakat lainnya.

4. Rantaian Kesan Gangguan

Gangguan terhadap sistem kehidupan ini menimbulkan kesan berantai:

Kemerosotan EkonomiKehilangan punca rezeki menyebabkan sebahagian suku Pala’u hidup dalam kemiskinan tegar.

Eksploitasi SosialAda yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk dijadikan pekerja upahan bergaji rendah.

Fenomena Mengemis di BandarDisebabkan kemiskinan dan kehilangan akses kepada laut, sebahagian suku Pala’u berpindah ke bandar besar dan menjadi peminta sedekah.

Kepupusan Budaya Identiti dan amalan tradisi semakin hilang apabila generasi muda terdedah kepada cara hidup moden.

Ketidakseimbangan SosialTercetus jurang sosial antara komuniti Pala’u dan masyarakat arus perdana.


5. Kesimpulan

Gangguan terhadap sistem kehidupan Suku Pala’u di Semporna telah mencetuskan rantaian masalah yang bukan sahaja menjejaskan komuniti tersebut, malah membuka ruang eksploitasi oleh golongan tertentu untuk mengaut keuntungan. Fenomena ini menyebabkan sebahagian mereka terpinggir dan terpaksa mengemis di bandar besar.

Penyelesaian yang mampan perlu dilaksanakan melalui pendekatan pelestarian budaya, pengukuhan hak komuniti laut, peluang ekonomi yang adil, serta penguatkuasaan terhadap pihak yang mengeksploitasi mereka.

Cadangan Tindakan:

  • Program pemutihan dokumen pengenalan.

  • Pendidikan komuniti & integrasi sosial.

  • Sokongan ekonomi alternatif (akuakultur, kraftangan).

  • Kawalan & penguatkuasaan terhadap eksploitasi oleh sindiket.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama